Tuesday 16 September 2014

Pengenalan Pengurusan Perniagaan

     Pengurusan Perniagaan ialah kursus yang terdapat di dalam Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja. Pengurusan ialah kursus yang berlainan bidang dengan kursus lain yang terdapat di KVDLM kerana Kolej ini merupakan sekolah pertanian.Pengurusan perniagaan telah ditubuhkan pada tahun 2013. Pengurusan perniagaan memerlukan pelajar yang lepasan PMR untuk masuk dalam bidang ini. Bidang ini mempunyai pelbagai bidang pembelajaran kerana setiap semester ia mempunyai pelbagai Modul yang berlainan dan berkaitan dengan kursus.

     Selain itu, Kursus ini juga mempunyai aktiviti yang tersendiri contohnya rekacipta, kursus pemakaian pejabat, dan pelbagai lagi aktiviti yang dilakukan. Pengurusan perniagaan ialah kursus yang lebih kepada pengurusan pejabat. Oleh disebabkan itu, kursus kami amat penting untuk kerja pengurusan. Pengurusan perniagaan amat penting supaya dapat melahirkan usahawan yang berjaya pada masa hadapan.



No comments:

Post a Comment