Tuesday 16 September 2014

Pengenalan KVDLM

Assalamualaikum...
kami ialah pelajar Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja. Di dalam blog ini kami ingin memberi sedikit latar belakang Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja.

Sejarah KVDLM

       Sekolah Lanjutan Kampung Rembau (SLK) siap dibina pada tahun 1958. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.M Undang Rembau pada 25hb Jun 1958. Sekolah ini telah dibina di bawah Rancangan Colombo pada tahun 1958. Bidang pelajaran yang ditawarkan ialah akademik, vokasional, pertanian dan sains.
Pada tahun 1961, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah latihan Perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada pelajar-pelajar dewasa. Juga dikenali sebagai Sekolah Pertukangan Luar Bandar. Nama sekolah diubah sekali lagi pada 1 Januari 1969 iaitu Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Rembau. Hanya pelajar lelaki sahaja dibenarkan belajar di sekolah ini sehinggalah tahun 1990.
Pada tahun 1999,telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Pertanian, Rembau. Sekolah ini telah menawarkan dua aliran iaitu aliran teknik dan aliran vokasional (pertanian).
Akhirnya pada tahun 2003, nama sekolah ini telah diubahsekali lagi menjadi Sekolah Menengah Teknik Dato Lela Maharaja iaitu mengambil sempena jawatan Undang Rembau iaitu Dato Lela Maharaja. Nama Undang Rembau ialah Dato Hj Muhd Sharif.Kursus kejuruteraan seperti mekanikal,elektrik dan awam mula ditawarkan seiring dengan misi sekolah,SMTDLM peneraju aliran teknik kebangsaan. Pada tahun 2012 sekolah menengah teknik ini telah bertukar nama kepada Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja (KVDLM)

No comments:

Post a Comment