Wednesday 15 October 2014

Prospek Kerjaya


Program ini mampu untuk mendidik dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang yang berkaitan dengan menggabungkan semua aspek kajian perniagaan dan keusahawanan. Oleh itu, graduan mempunyai pelbagai pilihan kerjaya seperti di bawah:

  • Penolong Pegawai Pentadbiran Perniagaan
  • Penolong Pegawai Pengurusan
  • Penolong Pegawai Kerajaan
  • Usahawan E-Commerce
  • Jualan dan Eksekutif Pemasaran
  • Penolong Pegawai Sumber Manusia
  • Perancang Perniagaan
  • Penolong Pegawai Pembangunan Perniagaan
  • Penyelidik Perniagaan
  • Penolong Pegawai Pemasaran
  • Penolong Pegawai Pelaburan
  • Penolong Pegawai Operasi
  • Usahawan
  • Agen Insurans
  • Penolong Pegawai Khidmat Pelanggan
  • Penolong Pegawai Komputer dan Sistem Maklumat
  • Penolong Operasi Perbankan dan jenis lain


Tuesday 16 September 2014

Pengenalan KVDLM

Assalamualaikum...
kami ialah pelajar Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja. Di dalam blog ini kami ingin memberi sedikit latar belakang Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja.

Sejarah KVDLM

       Sekolah Lanjutan Kampung Rembau (SLK) siap dibina pada tahun 1958. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.M Undang Rembau pada 25hb Jun 1958. Sekolah ini telah dibina di bawah Rancangan Colombo pada tahun 1958. Bidang pelajaran yang ditawarkan ialah akademik, vokasional, pertanian dan sains.
Pada tahun 1961, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah latihan Perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada pelajar-pelajar dewasa. Juga dikenali sebagai Sekolah Pertukangan Luar Bandar. Nama sekolah diubah sekali lagi pada 1 Januari 1969 iaitu Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Rembau. Hanya pelajar lelaki sahaja dibenarkan belajar di sekolah ini sehinggalah tahun 1990.
Pada tahun 1999,telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Pertanian, Rembau. Sekolah ini telah menawarkan dua aliran iaitu aliran teknik dan aliran vokasional (pertanian).
Akhirnya pada tahun 2003, nama sekolah ini telah diubahsekali lagi menjadi Sekolah Menengah Teknik Dato Lela Maharaja iaitu mengambil sempena jawatan Undang Rembau iaitu Dato Lela Maharaja. Nama Undang Rembau ialah Dato Hj Muhd Sharif.Kursus kejuruteraan seperti mekanikal,elektrik dan awam mula ditawarkan seiring dengan misi sekolah,SMTDLM peneraju aliran teknik kebangsaan. Pada tahun 2012 sekolah menengah teknik ini telah bertukar nama kepada Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja (KVDLM)

Pengenalan Pengurusan Perniagaan

     Pengurusan Perniagaan ialah kursus yang terdapat di dalam Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja. Pengurusan ialah kursus yang berlainan bidang dengan kursus lain yang terdapat di KVDLM kerana Kolej ini merupakan sekolah pertanian.Pengurusan perniagaan telah ditubuhkan pada tahun 2013. Pengurusan perniagaan memerlukan pelajar yang lepasan PMR untuk masuk dalam bidang ini. Bidang ini mempunyai pelbagai bidang pembelajaran kerana setiap semester ia mempunyai pelbagai Modul yang berlainan dan berkaitan dengan kursus.

     Selain itu, Kursus ini juga mempunyai aktiviti yang tersendiri contohnya rekacipta, kursus pemakaian pejabat, dan pelbagai lagi aktiviti yang dilakukan. Pengurusan perniagaan ialah kursus yang lebih kepada pengurusan pejabat. Oleh disebabkan itu, kursus kami amat penting untuk kerja pengurusan. Pengurusan perniagaan amat penting supaya dapat melahirkan usahawan yang berjaya pada masa hadapan.



Monday 15 September 2014

Semester Satu Pengurusan Perniagaan

Assalamualaikum.

Sudah tersedia maklum bahawa Pengurusan Perniagaan ini merupakan satu-satunya progaram/ kursus yang tidak mengambil aliran pertanian. Oleh itu, cara pembelajarannya juga lain kerana setiap semester akan mempunyai empat modul yang yang berlainan. Selain daripada mempelajari Modul pengurusan Perniagaan kami juga turut mempelajari Modul umum seperti:
  •  Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Mathematik
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Untuk Modul Pengurusan Perniagaan Semester satu ialah bertajuk:
  • BPP 101- Office Automation
  • BPP 102- Courier and Dispatch
  • BPP 103- Mail Handling and Reception duties
  • BPP 104- Filing Duties
Ini adalah modul yang dipelajari oleh Pengurusan Perniagaan ketika memasuki ke semester pertama selsama 6 bulan dan seterusnya memasuki ke semester kedua.

Semester Dua Pengurusan perniagaan

Setelah selesai pada semester satu beransurlah pula kita pada semester kedua.
Pada semester dua pengurusan perniagaan kami mempelajari modul yang berlainan dengan modul pada semester pertama antaranya ialah:

  • BPP201-Typing Duties
  • BPP202-Formatted Reports And E-Book Keeping
  • BPP203-Supervisory Function
  • BPP204-Telecommunication Function
Pada semester ini kami dapat mempelajari pelgai lagi jenis modul yang berkait rapat dengan perniagaan. Ianya mudah untuk difahami dan mudah untuk skor dalam semua subjek perniagaan jika kita fokus pada pembelajaran pengurusan perniagaan. 


Semester Tiga Pengurusan Prniagaan

Habis sudah Semester satu dan dua kini masuklah kita pada tahun yang kedua.

Pada tahun yang kedua ini kami mempelajari modul sambungan pengurusan perniagaan yang lepas. Modul yang seterusnya ialah modul yang juga berkaitan dengan perniagaan tetapi ianya agak berbeza sedikit sahaja dengan semester yang lepas. Antara modul yang akan di pelajari ialah:


  • BPP301-Customer Services, Reservation Of Facilities And Appointment Diaries
  • BPP302-Intermediate Filing System
  • BPP303-Electronic Presentation
  • BPP304-Meeting
Walaupun modul ini pada fikiran orang lain agak rumit tetapi bagi yang sedang mempelajarinya pula berfikir lain kerana jika kita memberi perhatian yang cukup dalam subjek yang telah di berikan ianya akan berubah menjadi mudah dan tidak sukar untuk mempelajarinya.






Ini ialah gambar ketika membuat lawatan di Arkib Negara semasa semester 3 2014. Tujuan kami pergi ke Arkib Negara ialah untuk melihat bagaimana Surat-surat yang telah hampir dimakan anai-anai atau yang hampir lupus di rawat semula.

Sunday 14 September 2014

Semester Empat Pengurusan Perniagaan

Pada tahun yang kedua ini kami mempelajari modul sambungan pengurusan perniagaan yang lepas. Modul yang seterusnya ialah modul yang juga berkaitan dengan perniagaan tetapi ianya agak berbeza sedikit sahaja dengan semester yang lepas. Antara modul yang akan di pelajari ialah:
  • BPP401 Job Planner And Training
  • BPP402 Spreadsheet
  • BPP403 Business Travel
  • BPP404 Telecommunication And Internet

Modul ini amat menarik untuk dipelajari kerana ianya mudah sedikit daripada semester yang lepas. Bagi pelajar yang kurang untuk mempelajarinya, bagi mereka adalah susah tetapi jika kita mengambil tumpuan yang penuh dan cuba untuk memahaminya, semuanya akan menjadi mudah.